Wednesday, February 23, 2011

unmotivated to blog

dah lama tak bukak blog ni.. usangnya.. 
ada 2 post je sepanjang bulan februari..
lepas cuti raya cina terus hilang semangat nak berblog..
byk perkara difikirkan..
byk benda dirisaukan..
byk hal dinantikan..

i need something..
but i lost it..

setiap yg datang itu akan pergi.. aku redha..

Friday, February 11, 2011

Im off !

Having a midterm exam

assignment to be submit

project to do

big event to handle

enough to make my life so miserable

and i hate this kind of feeling & situation!

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Cai wish from PM

Few days ago aku dapat email from PM, Dato' Sri Najib Tun Razak.. he wish to all Malaysian citizen especially Chinese, Gong Xi Fa Cai.. Hari ni mereka merayakan tahun baru cina so aku copy paste email from our PM here..


Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga

The Personal website of Dato' Sri Najib Razak

ok terima kasih la yer, dgn aku sekali dapat email ni.. dan aku rasa korang semua pun dapat email camni kan.. well dah kata 1 Malaysia, harus la di-emelkan untuk semua..

again, Selamat Tahun Baru Cina to all Chinese, and selamat bercuti to everyone..
ermm ada ke yang bekerja today?