Thursday, December 30, 2010

Result is ready.... ^U^

GA dah tamat, tapi result belum keluar..
ramai yang dah tanya2 bila aten nak umumkan keputusan GA yang
berakhir pada 26 /12 lepas..
last minit ada 4 orang peserta yang join, even aten dah buat entry 
yang GA sudah ditutup.. huhuu


ok now dah tiba masanya untuk aten umumkan keputusannya..
pada pemenang, bergembiralah anda..
pada yang kurang bertuah, xpe cuba lagi okay~

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I



err..
mana resultnya?
hmm..



I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I



ok ok jap..
sebenarnya bukan seorang je yang menang..
korang boleh senyum balik k..
aten dgn ikhlas dah pilih 2 orang pemenang..



I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


PEMENANG BERTUAH : Dia yang suka warna BROWN...

PEMENANG TERPILIH : Dia yang jadi orang pertama join GA aten, PINKY...

Tahniah..
 send me your full name, valid address, and phone number
to my email beauty_7488@yahoo.com =)


7 peringkat solat yang perlu anda ketahui...

Apakah sembahyang yang kita lakukan sejak baligh sehingga ke hari ini diterima Allah? Pernahkan kita menganalisa, sejauh manakah kita khusyuk di dalam sembahyang, kerana khusyuk merupakan salah satu syarat untuk sembahyang itu diterma Allah.

Bagi orang-orang yang soleh dan solehah, mereka sangat mengambil berat tentang sembahyang. Sekiranya pekerjaan seharian terganggu, atau tiada kelancaran semasa bekerja, perkara pertama yang dilakukan ialah memeriksa semula sejauh mana khusyuknya mereka dalam sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

Sekiranya hubungan dengan Allah pun tidak selesai, dengan manusia tentunya lebih susah lagi. Seterusnya, ketaatan kepada pemimpin tidak akan berlaku sekiranya tiada ketaatan kepada Tuhan.

Sembahyang perlu dinilai dari segi berjemaah atau tidak, tepat pada waktunya ataupun tidak, khusyuk atau tidak dan kelurusan saf di dalam sembahyang. Untuk menilai sembahyang kita, mari kita bersama-sama meneliti peringkat-peringkat sembahyang berikut. Dalam golongan manakah kita dikategorikan.

1. Sembahyang Orang Jahil

Sembahyang seseorang yang tidak faham tentang rukun sembahyang, syarat wajib sembahyang, syarat sah sembahyang, persoalan suci dari hadas kecil dan hadas besar dan sebagainya. Sekalipun sembahyang itu kemas, tepat pada waktunya dan berjemaah , tetap tertolak kerana dilakukan tanpa ada ilmu.

2. Sembahyang Orang Lalai

Pada zahirnya adalah lengkap. Ini kerana sebelum sembahyang itu dikerjakan, ilmu mengenainya sudah dipelajari. Bacaan dalam sembahyang dijaga betul. Tapi fikiran orang orang yang bersembahyang itu melayang, memikirkan perkara lain, tidak menghayati sembahyangnya. Sedangkan khusyuk dalam sembahyang merangkumi khusyuk, akal, hati dan perbuatan. Golongan inilah yang dikatakan lalai di dalam sembahyang sepertimana firman Allah : " Sebab itu , celakalah bagi orang-orang yang bersembahyang dan mereka lalai dari sembahyangnya." Surah Al-Maaun, Ayat 3 dan 4. Mereka ini akan Allah masukkan ke dalam Neraka Wail.

3. Sembahyang Kerana Selain Allah
Sembahyang yang dilakukan kerana adat dan budaya. Mungkin seseorang itu lahir dalam suasana Islam. Sejak kecil dia melihat orang sekelilingnya sembahyang, lantas dia pun sembahyang. Ini bermakna sembahyangnya bukan kerana syariat tapi kerana takut dimarahi ibu bapa, takut tersisih dan sebagainya. Sembahyang bagi golongan ini juga tertolak.

4. Sembahyang Peringkat Mujahadah
Golongan yang sembahyangnya diperingkat ini pula, mereka memiliki ilmu tentang sembahyang dan berusaha menghayati sembahyangnya. Mereka ada kesungguhan tetapi jiwa tidak hidup. akal sudah berperanan , tetapi hati belum dapat dibawa bersama di dalam sembahyangnya. Bahkan di dalam sembahyang , mereka bermujahadah untuk mendapatkan rasa khusyuk. Allah sayang pada orang yang bermujahadah. Allah menerima sembahyang golongan ini setakat yang mereka khusyuk sahaja. Walau bagaimanapun ,mereka masih belum tentu selamat. Terpulanglah kepada Allah menentukannya. Kalau dengan rahmat Allah , Dia hendak mengampunkan dosa hambaNya, Dia ampunkan. Kalau Dia hendak siksa pun, itu adalah hakNya sebagai Tuhan.

5. Sembahyang Orang Soleh

Diperingkat sembahyang ini, akal fikiran sudah boleh ditumpukan supaya khusyuk kepada Tuhan di dalam sembahyangnya tetapi jiwa dan hati belum sepenuhnya dikawal. Akal sudah boleh disibukkan dengan mengingatkan makna-makna bacaan dan pergerakan sembahyang. Golongan ini sudah tidak lalai dalam sembahyang. Untuk sembahyang kita diterima, kita sekurang-kurangnya berada diperingkat ini. Ia peringkat paling minimum.

6. Sembahyang Para Wali
Di peringkat sembahyang para wali, akal, hati dan fizikal telah dapat dikawal. Golongan ini sudah dapat menghayati sembahyang. Apabila menyebut Alhamdulillah, hati terasa bersyukur dan akal memahaminya. Bila berdiri tegak, dia dapat merasakan bahawa dirinya sedang menghadap Tuhan. Bila bertasbih, terasa dirinya kerdil dan hina di hadapan Tuhan yang Maha Agung. Bila berdoa, hati sentiasa rasa mengharap. Sembahyang beginilah yang melahirkan rasa kehambaan. Bahkan dapat merasakan kelazatan di dalam sembahyang.

7. Sembahyang Para Nabi-nabi dan Rasul-rasul

Golongan ini terlalu khusyuk sembahyangnya, dengan lain perkataan fana dengan Allah. Roh mereka sampai ke alam yang tinggi. Sifat-sifat Allah dihayati sungguh-sungguh. Bahkan mereka boleh sampai ke alam malakut.

Begitulah di antara beberapa peringkat sembahyang yang boleh kita kategorikan. Sembahyang yang dapat dihayati sungguh-sungguh akan dapat memberikan kesan kepada orang yang melakukannya. Sebaliknya rugilah mereka yang lalai di dalam sembahyang.

Wallahualam.
p/s : selalu la berdoa supaya setiap solat/ibadah kita diterima Allah swt tak kira dimana peringkat solat kita, kerana yang penting keihklasan kita melakukan ibadah adalah kerana Allah dan kita sebagai hambaNya wajib mentaati segala perintahNya. InsyaAllah~

#sumber dari my brother, Farid =)

Wednesday, December 29, 2010

Breakfast jomm

bgn seawal pagi, gosok baju.. mandi, kemas buku/notes.. alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umurku untuk terus menjalani kehidupan di bumi ciptaanNya.. ok pagi ni aten breakfast mkn roti dengan tuna spread, and minum nesvita.. rasa fresh je dapat breakfast.. selalunya aten jarang breakfast.. tapi hari ni aten rasa nak mkn dulu sebelum ke kelas pukul 8.30 jap g..

add drop subjek dah setel.. amik decide amik 16 credit hour je..
before this amik 19 tapi berat sangat la, bila dah tahun akhir ni, subjek dah makin berat.. dulu masa tahun 1,2,3 amik byk2 subjek 1 sem tak rasa sgt pressure.. tapi skrg dah tak mampu.. aten kena letak fokus yang tinggi untuk setiap subjek..



sebelum g kelas, baca doa dulu.. semoga segala pembelajaran/urusan aten hari ini dipermudahkan Allah dan dijauhkan dari masalah dan gangguan.. amin~


Tuesday, December 28, 2010

Simple health tips for all

Lately ni cuaca tak menentu.. kejap panas, kejap sejuk.. jadinya suhu badan pun sukar nak bertindak balas dengan cuaca sekarang.. aten pun alhamdulillah baru baik dari batuk2 dan sakit tekak.. nasib baik tak demam, sebab bila aten sakit tekak, cepat2 aten telan sebijik panadol.. untuk mengelakkan dari demam.. ok ni tips untuk semua.. selamat beramal~

1) Answer the phone by LEFT ear .

2) Do not drink coffee TWICE a day.

3) Do not take pills with COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.

5) Reduce the amount of OILY food you consume.

6) Drink more WATER in the morning, less at night.

7) Keep your distance from hand phone CHARGERS!

8) Do not use headphones/earphone for LONG period of time.

9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.

10) Do not lie down immediately after taking MEDICINE before sleeping . 


Monday, December 27, 2010

Pasangan Dinamik (apa pandangan orang tentang pasangan anda)

setiap manusia atas muka bumi ni mempunyai kawan.. tak kesah la sorang ke, dua orang, or ramai kawan.. yang penting kita tak boleh hidup tanpa kawan.. jom kita analisis apa pandangan orang ramai yg melihat kita dengan partner/kawan kita.. =)



lelaki kacak + wanita kurang cantik = lelaki itu bodoh
lelaki tak kacak + wanita cantik = ohh lelaki itu mesti kaya
lelaki kacak + wanita cantik = mudah utk berpisah
lelaki tak kacak + wanita kurang cantik = mereka akan dapat anak yg 'cun melecun'
lelaki tak kacak + lelaki tak kacak = kawan je tu
lelaki kacak + lelaki kacak = mereka gay
wanita kurang cantik + wanita cantik = kawan2 jela
wanita kurang cantik + wanita kurang cantik = mesti lesbo ni
lelaki tak kacak + lelaki kacak = kawan dia la
wanita cantik + wanita cantik = esok lusa bergaduh la tu..

lumrah manusia selalu je nak fikir yang bukan2.. cuba la thing +ve.. =D


Anda stress? Jom kita uji tahap stress anda.. =)

Assalamualaikum, hello everyone~

Jom naikkan semangat anda untuk hari ni.. Hari permulaan minggu takkan dah stress ye tak.. xpe, kalau stress jugak jom tengok parah ke tak tahap stress anda itu.. Sila jujur dengan diri yer..

Anda perlu melihat salah satu gambar ini, jika anda sedang melihat gambar ini dan anda melihat object sedang berputar, maka keadaan anda sedang stress dan apabila object itu semakin laju berputar, makan stress anda di tahap maksimun. Cuba lah dulu!

 ok try tengok picture bawah ni pulak

sudah2, jgn tenung lama2 kang tak pasal2 tak jadi wat kerja..

khas untuk anda yang sedang tertekan kerana melihat gambar di atas berpusing-pusing kan.. 

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan Solat Sunat
4) Selalu berdoa kepada Allah 
5) Bersangka baik dengan Allah dan orang lain
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan, beriadah, berkelah, etc
7) Hargai kebolehan diri sendiri 
8) Cintai dan yakin dengan diri sendiri

Kisah si Pengembala Kambing

Pagi2 isnin ni jom layan citer pengembala kambing ni.. sesiapa yang ada rasa monday blues tu, elok lah take 5 with hot coffee while read my story.. may it helps to reduce your bluesss...

AL-KISAH,Al-KISAH tersebutlah kisah!!!
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya. Datang seorang pemuda lalu bertanya,

"Baguslah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.


Orang itu berkata, "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?" tanya gembala.
"Yang putih."
"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
"Yang putih."
"Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
"Dan yang hitam?"
"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya, "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala itu menjawab, "Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu, "...kalau yang hitam tu pulak siapa punye?"
"Yang hitam pun sama," kata gembala itu. 

cheer your day with funny story or jokes whenever u feel unmotivated or stress okay! =)


FINAL LIST participants FATIN 1ST GA

 UPDATE 26/12/2010

Salam guys.. alhamdulillah Fatin 1st GA mendapat sambutan yang menggalakkan.. actually aten dengan sengaja buat GA untuk 3 minggu jek sebab takut tak ramai yang join.. tp thanks Allah, participants seramai 144 person! happy sgt.. So kat sini aten list kan senarai nama peserta.. korang bleh check nama korang.. make sure nama di-link back ke blog korang.. kalau ada yg tersilap, bgtau k.. nanti aten check balik..

1- tiefazatie (pink)
2- mRa amira (pink)
3- fatin hanani (pink)
4- mis twit (black/white)
5- LyNn'Azlina (purple)
6- tomatokering (red/orange)
7- shera haifa (black/white)
8- nanakimie (red)
9- SyUhAdA (blue)
10- Miza Yusof (red)
11- nurezzat (all)
12- Myra Jay (blue turqoise)
15- Eryna Afina (green/pink)
16- myssmie (purple)
17- Wan Zulqhairi (red)
18- Nana (purple)
19- nadiah (green)
20- Ibu Ayra (pink)
21- emiko sachiko (purple)
22- imanmom (brown)
23- cikanna (orange)
24- Nur Amira (white)
25- Ukhti [Aki] (orange)
26- nadratul (purple)
27- dilaloveawi (green)
28- Cik Dya (yellow)
29- ctnurkhijah (blue)
30- ezzamalik (purple)
31- * iZzaRa * (nice blue)
32- Enna Banana (pink/yellow)
33- acepa weet (red)
34- Cute MuM (purple)
35- micky eyqa (pink/black)
36- azuin (white)
37- b a m b a m ' s (all)
38- amirah nuramalina (pink)
39- YanaNuar (nice blue)
40- AesyaZealous (black)
41- elnino moona (orange)
42- Huda (pink)
43- Ogy (pink)
44- eezance (purple/pink)
45- puteri syamiera (aisyah) (pink)
46- pinky ladies (pink)
47- Qard91 (black)
48- asma putriey (dark turqoise)
49- (One) SiTi* (green)
50- SoFiaHB (red)
51- Sisiantee (purple)
52- juniza (purple)
53- far_east (purple/biru)
54- ayuselalu (red)
55- kukin (orange)
56- taufidris (black)
57- leen (pink)
58- fawwaznuha (pink/apple green)
59- rosilah (green)
60- farah hairuddin (pink)
61- syazwan akid (white)
62- Nadiah Sidek (pink)
63- fideila (putih)
64- aqilaa ernyy:) (pink)
65- sarah (orange)
66- azryNaiN (baby blue)
67- Kehelan (purple/brown)
68- ♥♥LiSsA♥♥! (pink)
69- elleyayah . (pink)
70- Mardhiyyah Ridzuan (turqoise)
71- zaikulim (red)
72- the triplets (pink)
73- ytekecik (pink)
74- Mama Zharfan (pink)
75- segalanyer kuterima... (black)
76- izan cute (pink)
77- Mama Balqis (pink)
78- AziE-rAh (lovely green)
79- S@hB@Nu-BaNuu (blue)
80- Eaty Zate (red)
81- JaSSNaNi (pink)
82- Jieda (blue)
83- ヌルアイン・モハメドアリッフ (maroon)
84- wawa azam (green)
85- Nad @ MamaZakwan (red)
86- Mel (purple)
87- Awatif Azizi (purple)
88- Ms sunsWeetz (green)
89- ~ MayraAzra~ (red)
90- eB@mamaAerish'n'Aed (black)
91- EraWaTiE (nice blue)
92- eT (purple/pink)
93- Mrs. Asida (purple/white)
94- Norziela binti Hamid (pink/purple)
95- MisS NadRAH (pink)
96- zuneta (purple)
97- MAIsarah (purple)
98- Noor Liana Johari (hijau)
99- Keyna (orange)
100- ::Mamalyna:: (orange)
101- Farr (red)
102-  ♥♥azatiesayang ♥♥ (blue)
103- atie @ ejay (blue/purple)
104- dilah_buzz90 (red)
105- Fa-zlyn (pink)
106- LYA m@m@ ASYA (blue/green)
107- ME the budak baik (orange)
108- Aina Aqilah (red)
109- Mata Hati (white)
110- Hana Kirana (purple/yellow)
111- HadifaR_LoVe (green)
112- Cik Qina (turqoise)
113- **kopoklekor** (pink)
114- syakila (brown)
115- HuRuN^AiN (purple)
116- ♥baby fiy♥ (baby purple?) :p
117- Putri Cahaya a.k.a MiRa (green)
118- chacha (purple)
119- ♥CuteMummy ♥ (white)
120- ShAfiEYkA (purple)
121- anin (purple)
122- atOn (pink/purple/blue)
123- nurul viWy (orange/black)
124- SyUTiNiE (green)
125- Fadzillah Kamarudin (purple/black)
126- MommY & DaddY CooL (green/black)
127- hiDAyah_muRNi (blue/orange/black)
128- MahaMahu (purple)
129- Farhana (red)
130- ♥♥Muslimah Vouge♥♥ (pink)
131- z.u.n.a.i.d.a (red/purple)
132- Maria Azhari (purple)
133- Lulu caldina (blue)
134- Nurul Husna (pink)
135- Mya Amira (blue)
136- inasepi (red)
137- aIEn aHMaD (red)
138- miera momo chan (pink/purple)
139- FaFa (purple)
140- Farr (?)
141- cherita (?)
142- :: Zanna :: (purple)
143- nur (?)
144- cikpuanhady (orange)
145- g@Ry DaNi@L (blue)
146- Osman (black/white)
147- aanie (pink)
148- Miela Tahril (blue/green)


ok done.. pheewww.. hadiah belum beli lagi, dah tau sape yang bertuah baru aten beli hadiah based on your favourite color..~


Sunday, December 26, 2010

Fatin 1st GA dah tamattt...

ok guys, ladies, brothers and sisters..
aisehh dah mcm nak bg speech lak..
diumumkan bahawasanya GA aten yg pertama kali
dianjurkan ni sudah sampai ke penamatnya..


million trillions thanks to alllll yg menyudikan diri utk join GA aten ni..
love u all!

aten jugak nak minta maaf mana2 entry GA yang korang buat aten tak singgah.. dalam syarat aten tak bgtau suruh buat entry kan.. sape yang buat, terima kasih byk2.. ada yang aten sempat jenguk dan bg komen, ada yang tak.. maaf ya kalian semua..

keep anticipate &
wait for the result soon~


Fatin 1ST Giveaway..

THIS IS STICKY ENTRY

Hye alls~
today dengan spontan nya aten nak buat GA..
tanpa berfikir panjang, aten terus menaip entry GA nie..
idea GA datang dengan spontan,..



jadinya, syarat yang ditetapkan pun sgt la simple..

1st- sila tinggalkan link anda di ruang exchange link di akhir blog aten nie..
2nd- wajiblah menjadi follower blog aten kan..
3rd- letak banner GA aten kat atas ni di sidebar blog korang..
4th- tinggalkan comment anda di bahagian komen GA nie dgn menyatakan:

----> berapakah no. anda di ruang link kat bawah nie.
----> apakah warna kesukaan anda.

Fatin 1st GA akan tamat pada 26/12/2010..
pemenang akan ditentukan through lucky draw..
dan hadiah akan di beri mengikut warna kesukaan anda.. =D

sudi2 la join yer~
muahhxxoxo




500 BLOG!


aten join pencarian 500 blog oleh encik Ben.. disuruh oleh beliau untuk story psl diri sendiri and why i join to be a blogger.. ni kira cam nk promote blog la ni.. aisehh i segan sebenarnya..

ok mengisahkan diriku sebagai seorang pelajar UIAM, tahun akhir.. mengambil jurusan sains politik dan bercita-cita nak jadi pramugari.. err itu dulu masa darjah 4, skrg dah tukar cita2 nak jadi bisneswomen and PTD insyaAllah.. kalau jd cikgu pun ok jek :p

kenapa aku jd blogger.. entah la, alkesahnya bermula sejak aku dah bosan dengan frenster dan facebook.. beside aku tak suka ramai stalker, so bila berblog, orang tak kenal aku, jadinya stalker itu berkurangan, yg membaca entry/singgah di blog sekadar mahu menambah kenalan dan meluaskan jaring persahabatan.. perghh ayat!

ok itu saja.. encik Ben kata, sape cepat dia dapat.. so harapnya aku antara 500 terawal yang hantar entry ini.. 

p/s: kalau ada kurang pape, gtau na~


Outing together

nak kata suka sgt xdelah.. tapi sgt gembiraaaa.... selalu dpt jumpa sejam dua jek.. ok this time aten membalas dendam lara.. hehee

mcm biasa every sem aten xde class on friday, so weekend bertambah sehari, jadi 3 hari.. agak kebosanan jugak lah since all rumates penuh dgn aktiviti masing2.. call lalink, plan elok2 punya.. so seawal pagi jumaat, aten ke Tasik Metropolitan, Kepong.. dtg awal sebab nak jogging dan melakukan sesi luahan perasaan bersama yg terchentaa.. uhukk2

bukan senang dpt jumpa dia.. then balik around 9am, singgah jap mkn nasi lemak sedap kat sg.pusu sebelah UIA.. pastu rest jap, after jumaat prayer, keluar lagi.. kami ke The Curve, mr. Lalink nak tgk Guliver's Travel.. ok layaannn~



after tgk movie, jenjalan area curve street sambil photoshoot.. di sebabkan sem ni aten tukar amik cocuriculum skill lain, that is photography, so si dia mengajar la camne nk guna DSLR camera tu.. mr. Lalink aten ni mmg part time photographer, and dia ada 2 DSLR, so nanti time class fotografi, pinjam yg dia punya jela.. i tak mampu nak beli sendirik punya.. =p

end up, pic aten yg penuh dlm camera tu.. i jadi model la pe lagi.. aten cuma amik 2,3 keping pic jer.. ahaahaa.. tak jadi nak mengajar sbb aten sibuk sgt nak bergambar ngan krismas tree..


muchy2 thanx to mr.Lalink sebab sanggup melayan aten bergambar.. dengan tabahnya dia snap almost all my single moved.. dah mmg kerjanya photographer kan.. tapi sometime aten pun jadi mangsa gak, kena pose dlm keadaan lama sbb dia nak try different angle/setting la.. sabo je i.. huhuu

pape pun, kami dah tetapkan every friday morning akan ke tasik kepong untuk jogging, exercise.. ini utk mengelakkan rindu yg berpanjangan, dan taburan duit di shopping complex.. ahahaaa.. im happy to be with you dear~


Saturday, December 18, 2010

Tag by 3 blogger

once u have been tagged,u are supposed to write a note with 25 things,fact,habits or goal about you..at the end choose 10 people to be tagged..u have to tagged people who tagged u..if i tag u  because i want to know more about u..
 
actually dah lama kena tag.. 1st by Fatin Hanani 2nd by Qaseh and latest by Pupel Liyana.. Fatin & Qaseh tag masa bulan 10 baru ni.. masa tu bz.. Pupel baru je tag.. then teringat dulu ada orang tag aten jgk.. hehe.. now dah tak bz, aten buat.. thanks to all yang tag aten..

here 25 random things about myself:

1- full name as stated in IC -- Wan Nur Fatin Binti Wan Mazlan..
2- people call me in different names -- Fatin, Aten, Athena, Tina, Wan, Wannur.. =) but i loved all that names except Tina.. that is not me.. :p


3- born at Kuala Terengganu, on April 7, 1988 but was grown up in KL until 1998..
4- 1999, moved to KT and stayed there until now..
5- im 2nd and eldest sister in siblings of 6.. -- Farid, Fatin (me), Farahin, Fathi, Farhah & Fetrah =D
6- complete my SPM in 2005 and currently cont study in degree..
7- 4th year IIUM undergraduate student -- majoring in Political Science
8- will be graduate next year in 2011.. InsyaAllah..
9- daddy's daughter
10- 3G with daddy almost everyday =)

 bring his name together with mine all the time

11- im an easy going person
12- hate mess, noise and unorganized people
13- can be perfectionist sometime
14- pretty, sweet & kind of jelita girl.. (uhukk.. sila angguk) :p
15- love makeup so much.. tapi malas nak makeup!


16- suka swim but not very confident
17- simple as i can -- jeans, tee, and scarf will be nice too~
18- kebaya is a MUST during hari raya
19- independent daughter, sister & woman
20- purple addicted


21- will be nice to people if they play nice to me
22- hate to bother others affair
23- always neat, tidy & clean
24- my frens said im a systematic person
25- and im very proud to be who I Am~

ok now tag to 25 person who you would like to know..
6: m Ra

err... 10 je lah..  sesiapa yg di tag tu, rajin2 lah buat yer.. mcm aten ni, gigih taip 25 perkara utk bg u olls tau pasal i.. =)

 

Where my 2kg gone?

Permulaan semester yang memenatkan otak! meeting everynight, class packed everyweek, 6 classes subject a day.. bunch of works, quizzes to be prepared, assignment outline to be submitted and all...! and my weekend is full of updating events program, calling here and there, going around to ensure everybody is doing their job..


yet, im not pressure at all.. just i lost my appetite to have 3 important meals per day.. feels like i dont want to eat anything.. skipped my breakfast, eat 1 small pack of bread/pau for lunch and sup at night.. thats what im eat last week.. 

because of that, i lost my precious 2kg weight.. and it makes me gone underweight again! i need 45kg to be in ideal weight.. and its not easy to gain even single kg to my body.. honestly i plan to go for hiking this weekend.. but with long to do list, i can't skip even 1 hour to do on my own.. 

all i need to do is keep breath, balance & calm..


Rindu dendam Lara

frens: couple ke?
me: eh. xdela..
frens: abes tu? bf?
me: entah.... :p

tak kesah la sape pun dia... tapi sekarang ni saya sangat rindukan dia.. cuti semester sebulan tak dapat jumpa.. now dah start sem baru pun tak dapat jumpa jugak.. huhuu.. dia sebok kerja katanya.. saya pun sebok dengan meeting setiap hari.. minggu depan ada macam2 program nak kena buat.. weekend pun masing2 sibuk.. jadinya bila nak jumpa?


keluarga saya dah kenal dia.. macam tu jugak dengan keluarga dia.. tapi antara kami tak pernah cakap pasal cinta.. bila keluar berdua, dia mintak izin ayah saya.. bila dia pulang ke rumah, saya kirim cenderahati untuk keluarga dia..

kini sudah hampir 3 tahun hubungan kami.. keluarga mengharapkan sesuatu yang terbaik di penghujungnya.. masanya akan tiba, insyaAllah..


setiap manusia diciptakan penuh dengan perasaan.. cinta itu indah jika diletakkan pada tempat yang benar.. tak perlu dikejar sesuatu yang belum pasti.. kalau ada jodoh tak kemana..

Ya Allah Ya Tuhanku, kau berkati lah hubungan kami.. jauhilah kami dari maksiat.. letakkan lah perasaan kami di jalan yang benar.. aku memohon keredhaan-Mu.. amin


Friday, December 17, 2010

family outing..

~picture entry~

weekend baru ni family aten jenjalan ke IKEA.. mama teringin nak ke sana.. selalu turun KL tapi tak sempat nak jalan2 pun.. 1st time datang IKEA, parent dah pening anak mata tgk barang2 rumah kat sana.. habes around rm100 jugak lah.. kalau boleh byk lagi brg yg nak di angkut tapi tak tau camne nak bawak balik T'ganu.. huhuu


adik yang terlebih rajin (",)

mama still looks young.. =)

love abah soooooooo much!

the only 3 precious men in family

farid 1st treat to family ^_^

 
 happy.. happy.. happy..
i pray may Allah covered me & family with His bless, happiness all the single day! amin~



Thursday, December 16, 2010

Rezeki GA lagi..

actually keputusannya dah lama di umumkan, tapi aku jer yang tak alert.. siap kena sound dgn organizer GA.. hehee... ampun kak, tah camne leh tak perasan lak..


see, punya la aku tak perasan,, nasib baik la aku sempat check and reply.. if not dia kata nak cabut undi lain.. kalau dah rezeki tak kemana.. keh3
dan bukan aku sorang jek, ada 3 lagi pemenang lain yang tak claim.. hope dorang pun sempat la reply..

pape pun thanks so much to Just Corner yang anjurkan GA nie..


me number 42 =D


Demam shopping on9!

online shopping di alaf baru.. sejak akhir2 ni, makin ramai yang suka shopping thru on9.. tak kira la lelaki ke perempuan ke, yang tua ke muda ke semua dah pandai nak cuba2 shopping on9.. apa yang bestnya on9 shop ni memudahkan, tak perlu lagi nak keluar jauh2 cari kedai, bawak kereta redah traffic jam, cari parking dan macam2 lagi la.. everything is in ur finger!

tahun 2010 ni jugak utk 1st time aku shopping thru on9.. even before this aku pernah ckp yang aku berjaya SAVE duit shopping, tapi itu tak bermakna aku tak shopping langsung kan.. utk shopaholic macam aku ni, kalau dapat save 50% per year dah kira bagus la kan.. nak elak dari beli belah terus memang sgt mustahil.. so aku pujuk diri tuk shopping thru on9 jek.. bagi aku lagi jimat..


 so far aku dah ada 5 favourite on9 shop! setiap 1 shop ni aku khususkan untuk brg2 tertentu shja.. contohnya, untuk baju, dress, jaket or cardigan, aku suka beli kat be Gorgeous be Precious =) semalam aku baru dapat jaket cun yang dah lama aku nak rembat, tapi slalu xde stock.. bila dah ada ni, cepat2 aku booked.. ehehh! thanks to her (the owner), and not to forget her bro, Faizi yg menyediakan delivery service terus ke kolej aku kat UIA.. mmg mantap r diorang adek bradek buat bisness ni..


selain baju, untuk selendang, aku suka beli kat BGBP.. shop ni sama owner dgn yang atas tu.. kiranya dorang jual jgk tudung2, inner.. brg 1st yg aku beli kat on9, dari shop ni la.. tak mahal pun, rm11 jek.. saje nak test memula dulu kan..

aku jugak ada beli kasut lawa2, murah2 thru on9.. harga tak lebih rm30.. paling best price included postage! aku dah beli 2 pasang.. thanks to Wedges Shoppe =D untuk kain pasang aku beli kat shop lain plak.. dan untuk kebaya (since aku ni kebaya tegar) aku ada specific shop.. penting untuk aku list kan nama2 kedai ni sebab senang nanti if nak beli lagi or kawan2 tanya ke, aku suruh dorang refer kat shop2 ni.. ramai jgk la kawan2 yang suka on9 shopping.. banyak pilihan.. jadinya sharing is caring.. duit korang abes, jangan cari aku..

motto: beli bila dah tak mampu untuk menahan godaan.. selagi boleh tahan, jgn layan perasaan nafsu gajah shopping korang tu.. okayy! =p


Friday, December 10, 2010

shopping moping!

Dah lama tak habeskan duit di shopping complex.. sejak berazam taknak 'derma' duit utk kehendak diri yang ntah hape-hape, so tahun 2010 ni berjaya menyaksikan 70% simpanan dalam bank tak disentuh.. =) suukkkaaaa! rasa selamat je..

TS dgn hiasan krismas
 Tapi di kala hujung tahun ni, dgn SALE yang merata-rata, ditambah lagi kempunan nak shopping.. tergugat jgk segala organ dalam badan nih.. aisehh.. akhirnya kaki lemas malas tetap menuju je Times Square last few days.. niat nak membeli tu xde, sekadar menemani adik ke sana.. pusing2, jalan2, pusing lagi, jalan lagi.. aishh takleh jadik ni.. bukak purse, owh ada duit! dalam bank takmo usik..

sedaya upaya tutup separuh hati supaya tak tergoda dgn jualan murah.. jalan pun dengan mata sebelah jer.. tetiba ada orang cakap:

adik: "ehh cantik la baju tu kalau kau pakai!"
aku: "hahh mana satu? (masa ni mata dah bukak dua2, hati pun kembang jek)
adik: dalam tu, blouse tu cantik dgn kau..
aku: jom masuk try.. (dlm hati, abes la duit aku!!) :p

mesti korang rasa aku beli kan? ahahaa... memang pun! aku jadi rambang mata.. tapi setelah dipujuk rayu oleh akal fikiran, hati nafsu pun beralah.. akhirnya aku hanya beli 1 blouse td, & 1 kemeja.. adik pun beli dua brg.. selebihnya ktorang jln2 memenatkan kaki, menghauskan tekak jek!


 makan-makan time