Saturday, July 9, 2011

Ketahui 8 rahsia lelaki normal

1. Lelaki tidak detail dlm percakapan 

COntoh kEs: Kakaknya baru saja putus cinta.Biler cik awek tanyer..

'mcm mne boleh putus awk...?' cik abg akn jwb...
'..dah nak putus nak wat camne...'

ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi HoBi

COntoh Kes: Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lps tgk piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kn...sampai jam 3pg..kuikui

ALaSan: sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.



3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta

COntoh KEs: Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete...tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk cik awek bershopping??

AlasaN: Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi ney terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duet utk benda2 tue. 

4. Lelaki jarang MunCul dengan jambangn bunga.

Contoh kEs: dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!non adoo...

AlAsan: Dari awal lg,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran...itu tanggapan org lelaki laa kan..baik blnje makan!kenyang perot...


5. Lelaki tidak bergosip

Contoh KEs: Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp:
'eh betul ke ni..?'cik abg dgn pantas memotong
'pegi makan jom!dah lapar nie...'

AlasaN: Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ.
Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.


6. Lelaki selalu mengagungkan IBU mereka.


ContOh kEs: LElaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,

'eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau...'

Alasan: Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuany sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.



7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jercy dan apa2 saja!

Contoh kEs: 'Borinngg..!'katanya si cik awek....
sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera... semata-mata nak cukupkan koleksinya..

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.



8. Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.


COntoh kEs: Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula...

'I tak suka ahh!! tukar lain...macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..'
Bengang kan cik2 awek sume...?kuikui..

AlaSan: Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatotnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain...hehehe

try la pakai camni kat public, confirm balik kang kena maki jek.. hahaa


p/s:begini lah lelaki...fahamilah mereka...

4 nota tapak kaki:

tiefazatie said...

btol3...tp..sweet je apa..hihi..

Fatin a.k.a. Aten said...

terima jela dia sebagaimana sifatnya.. hehee~

Cik Wani said...

haha best!!!

btw jom komen link entry wani ni.

http://akuazwani91.blogspot.com/2011/07/i-saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

thx a lot =)

Fatin a.k.a. Aten said...

@cik wani : yup sure, aten dah komen.. gdluck jgk~