Sunday, December 29, 2013

Career - starting point

Kali ni aku nak cerita pasal kerjaya pertama aku lepas habis je belajar kat UIA.. betapa excitednya aku nak kerja kan, last paper final exam aku 15hb Jan 2012, 16hb tu aku dah masuk kerja.. Kat mana? kat UIA jugak.. Masa tu aku jadi part timer admin assistant.. Kalau orang lain mesti nak merdeka, holiday, tidoooo lama2 kan.. tapi aku terlebih rajin ok haha..

Actually tu bukan lah kerjaya pertama pun sebab kontrak aku kat UIA tu sebulan je, then aku decide nak balik Terengganu, cari kerja kat sana and stay dengan family.. Yelah lepas abis SPM, aku terus masuk matric UIA umur 18 sampai la aku grad umur 24 berjauhan dengan family.. So bila dah grad ni nak la rasa hidup dekat dgn keluarga pulak kan.. 

Akhirnya aku dapat kerja di PSSSB.. This is starting point, I make it as a stepping stone in my career since aku kan fresh grad masa ni.. Kiranya aku xyah tunggu lama la nak dpt kerja kat Tgrnu.. Thanks to Ila, kawan baik aku, dia yang bagitau pasal job ni.. Banyak pengalaman aku sepanjang kerja kat sini.. Position aku mula2 pembantu tadbir je, few months lps tu jadi pengurus pemasaran dan pembangunan.. Hmm jgn tertipu, nama je pengurus, tapi gaji aku lagi rendah dari budak degree okay.. Tapi aku suka kerja ni sebab aku dapat peluang jelajah 1 Malaysia.. Pergi site visit, briefing, jumpa orang sana sini.. 

Work station
Berbaju korporat.. Kadang2 aku malas nak pakai hehe
Beraya di pejabat
PSSSB family day at Rumbia resort, Paka
Farewell makan-makan last day aku kat PSSSB
Even setahun je aku kat company ni, tp sempat mencipta banyak kenangan dan menimba ilmu dgn ofismate.. Masing-masing ada perangai sendiri, ada kepala angin sendiri, but we end up shared few stories, we laugh together, we make things better for each other..

Antara kenangan best aku rasa, sama-sama angkut barang masa nak pindah ofis, bertungkus lumus siapkan tugasan masing2 b4 staf KDN datang check company, prepare and organize family day from A-Z, lunch ramai2 kat dapur ofis and buat macam kat rumah sendiri :) Ofis lama ni staff dalam pejabat ada 7 orang, semuanya perempuan and hampir sebaya.. mungkin sebab tu aku rasa ktorang boleh jadi geng..


Suka macam mana pun, aku terpaksa melebarkan sayap ke tempat lain demi kesejahteraan hidup dan kestabilan ekonomi.. wahh gitu kau! Nak tau aku pergi mana.. Tunggu next entry ok :)

2 nota tapak kaki:

S. Faezah said...

gud luck kerja baru! awak org paka ke? dekat la kita..hehe

FatinJelita said...

heee tq dear.. saya org bukan org Paka, tp Trganu jgk la.. :)