Wednesday, January 22, 2014

Im a Part Time Volunteer

Assalamualaikum

Aku nak cerita minat aku jadi sukarelawan awam :) 

Selain dari kerja pejabat Monday to Friday, ikut working hours, aku ada 1 passion yang memang dari zaman U dulu aku suka buat.. Iaitu be a volunteer for any program.. Aku suka join program2 luar ni selain program kat UIA tu.. Tak kisah lah dibayar atau tak, ada masa aku akan join..

Tapi sejak bekerjaya penuh ni, masa utk join other program makin kurang.. Yelah dah sibuk 5 hari kerja, weekend jela masa utk aku nak kemas bilik, basuh baju, rest, tido hahahaa.. Antara program yang paling aku suka, OCBC Bank Cycle Malaysia.. Tugas aku bagi smooth whole event for that day (boleh pilih nak hari apa), macam bgtau tentative bila ada orang tanya, tunjuk jalan, bantu cyclists yang ada masalah, dan jaga kebersihan.. But most of the event yang aku join, ktorang banyak lepak, sembang2 n jalan2 pergi kat booth2 yang ada hahaa..


Felisha and me
OCBC Cycle at Dataran Merdeka
Sempat melawat Kuala Lumpur City Gallery & KL Library
Apa yang best bila join program luar camni, aku akan jumpa and tambah kawan baru.. Yang datang dari U lain, ada yang dah kerja, dah kawen, dan lepasan SPM.. Tapi penah je aku join program, pastu terjumpa kawan2 aku yg join jugak hahaa.. Contoh macam Felisha ni, aku xtau dia pun suka jadi volunteer, tetiba je jumpa.. :)

Masa program ni jugak, diorang bagi token RM40, breakfast & lunch, t-shirt, bag pack yang ada macam-macam, like hand sanitizer, raincoat, cookies, tentative program, guide book, etc.. Ada program yang aku join, siap bagi voucher fast food.. Kalau Nike We Run KL, member aku join, siap dapat kasut Nike.. perghhh, yang ni aku x join sebab aku ada hal yang x dapat dielakkan..

Abis program, jalan-jalan di SOGO
Abis event, aku jalan kaki ke Sogo, sebab En.Tunang (masa ni x tunang lagi pun :D) tunggu kat sana, duit hasil volunteer ni, aku beli kasut Santa Barbara, so aku tau kasut tu kenangan aku join program ni.. Aku akan beli benda2 yang boleh pakai lama, utk mengimbau keseronokan jadi sukarelawan ni.. :)

Monday, January 20, 2014

Enam tahun cinta - Im Engaged !

Ok baca title post pun dah tau.. Aku kini tunangan orang.. ecewahh :p

Perasaan? Harus lah teruja tapi untuk 2,3 hari pertama bertunang tu je, lepas tu xde rasa apa dah, back to normal.. kadang-kadang x teringat pun yang aku ni dah bertunang.. dia pun sama, maybe sebab ktorang dah kawan 6 tahun kot.. 

Hari ni genap ulangtahun perkenalan kami yang ke 6 tahun.. dan tanggal 2 November 2013 yang lalu, aku sah menjadi tunang kepada en. Tunang :) Majlis aku buat simple je.. Sebab pihak lelaki bagitau nak datang meminang 9 hari sebelum majlis, so mau x huru hara aku & mak aku hahaa.. 

Debaran memuncak
Sarung cincin
Bertunang dah... Alhamdulillah
My Heart throb.. <3 love u mama
With both parent :)
Alhamdulillah, we are one step closer after 6 years ups and down.. May this new journey showers by load of flowers, joys, happiness and bless by Allah s.w.t... Orang kata dugaan bertunang ni lain macam, tapi setakat ni kami belum lagi merasainya, hope x sempat rasa la.. cepat la kawen hihi

Million thanks to Mama yang bertungkus lumus menjayakan majlis pertunangan aku ni.. Lepas je mak dia call mama bgtau confirm nak datang 2/11/13, mama la orang yang paling sibuk buat preparation.. Bayangkan sehari lepas tu, aku dapat msj dr mama, saying she already booked doorgift comes with box..

Esoknya she text me "Mama dah booking pelamin tema this and that sekali dengan veil and hand bouquet..

Later, she text again "Mama dah booked cake design macam ni macam tu, deposit RM ++..

Adoii aku pun x sempat nak pikir apa.. catering apa semua dia yg setelkan.. yang aku tau baju and hantaran aku kena uruskan.. Hmm nanti ada masa aku buat review 1 post majlis bertunang ni k.. :) Stay tuned...

Sunday, January 19, 2014

My Music Band di UIA

Assalamualaikum..

Throwback zaman U dulu-dulu.. 

Aku masuk UIA hujung tahun 2007.. biasa la budak2 freshie macam2 aktivity nak join.. Masa ni x busy study lagi, subjects pun amik yang ringan-ringan je.. Dan aku pulak memang suka join program, muka x malu pun ada gak nih hahaa.. 

Masa 1st year 1st sem, aku and the geng tubuhkan 1 Music Bandyang bernama, Puteh Band (sebab semua pakai serba putih).. Group ni ditubuhkan seminggu je untuk menjayakan Haleemah Girls Night (something like that, lupa dah apa nama program tu).. berhari jugak la ktorang praktis nyanyi lagu, x silap aku lagu I Believe I Can Fly-Westlife, Wajah-Jaclyn Victor dan Stand Together-Inteam.. haa kau 3 lagu terus.. 

Malu bila ingat balik sebab opening song ktorang buat gimik tapi x menjadi sangat hahahaa... Tutup lampu hall, bawak lilin sorang 1, bila lagu westlife start br tiup lilin n lampu terpasang, but end up ada lilin yg dah tertiup sendiri masa berjalan naik stage tu.. hmm gambar masa opening tu xde la plak..


Cover 'album' 
Sesi photoshoot 
Semua putih bersih jer...
Thanks to those yang edit gambar2 ni, kalau x dah lupa nama2 diorang ni..
Ni antara kenangan aku kat UIA dulu kala.. orang kata zaman belajar adalah zaman yang paling best.. Zaman yang x boleh diulang even bila amik master or phd, perasaan tu dah lain..

Ahli group ni pun aku xtau kemana menghilang.. semua dah lost contact lepas abis belajar sebab ktorang x sama course, batch pun lain2, ada yang grad dulu.. :( xpela hope korang semua berjaya dunia akhirat.. Antara kenangan terindah yang xkan dilupakan hehee..

UIA Tour - 10,000 steps

Cuti Thaipusam 2 hari lepas, ramai yang amik kesempatan untuk balik kampung, bercuti dengan kawan2, honeymoon again n again utk yang baru kahwin haha.. ada jugak yang qada' tido.. lewat petang baru bangun.. Disebabkan aku dah balik kampung masa cuti Maulidur Rasul, so aku ke UIA. Buat apa?

Plan asal sebenarnya nak ke Shah Alam, keluar dgn adik yg belajar kat sana, tapi disebabkan hari jumaat, en.tunang kena rush solat + dia pun x abes packing barang sebab sabtu nak balik ipoh, jadinya cancel jela.. Then member2 bagi idea nak jalan2 sekitar UIA since cuti semester dah bermula, student pun ramai dah balik rumah, bila keadaan lengang camni baru best nak jenjalan di UIA..

Muka semua fresh lagi, excited nak pusing UIA katakan..
Perjalanan bermula di Tasik Maryam, sempat tgk bangau tangkap ikan
Ktorang berempat iaitu aku, Zakiah, Is dan K.Mun bergerak seawal jam 7.40am, dari Mahallah Hafsa-Tasik Maryam-Tasik belakang Maryam (yang dah x berapa nak jadi tasik), then continue mendaki bukit short cut to Mahallah Salahuddin-Sumayyah-Nusaibah, patah balik to Hafsa, and breakfast at Aminah..

1st time masuk padang hoki, sebelum ni just bersorak dari luar je
Berlatar belakangkan Bukit Tabur
Penat berjalan, rest kejap.. 
Cuaca sgt redup, memang seronok jalan2..
Haaa bila dah sunyi UIA ni, kereta, bas, taxi pun kurang, haruslah berjalan di tengah jalan raya.. 
Bergambar di mana saja
Bergambar di buaian Nusaibah, masa ni angin kuat, sejuk sgt.. ni antara Mahallah yang tertinggi di UIA...
Seronok pusing UIA ni, dah setahun lebih meninggalkan UIA, teringat balik zaman-zaman belajar dulu berjalan kaki ke kelas, cafe, entrance, exam hall.. sekarang dah berkereta, kurang sgt exercise jalan kaki ni.. Bila ada kesempatan macam ni, rasa best, teruja dan rindu balik zaman dulu..

Tapi part yang sedih bilamana rupa Tasik Maryam tidak lagi seperti dulu..

Pencemaran di belakang tasik Maryam..
Tasik @ Padang jarak padang tekukur
Tasik Maryam tempat aku berjogging dan berkayak dengan kawan2 dulu sekarang dah tiada.. Ada projek apa entah di sebalik (belakang) tasik tu, tapi yang lebih aku nampak pencemaran air dan alam.. Gambar last ni, belakang tu adalah seluas lautan tasik, sekarang dah dipenuhi pasir dan rumput2.. xde dah kayak..ikan2 pun xde.. sedih dengan keadaan ni..
Hmm pape pun aku berjaya dengan 10,000 langkah hari ni, dan aku rasa lebih dari itu sebab bila aku google, orang kata 10,000 langkah tu dalam 100 minit je, tapi kitorang abes berjalan dalam 10 pagi camtu.. lebih dari 2 jam berjalan :) Happy.............

Akhir kata, UIA tetap dihati selamanya :))

Thursday, January 2, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Happy New Year i wish to all my readers and bloggers.
May this new year bring you joy and lot of happiness.
I'm looking forward to achieve this year targets and may all my dreams come true.

Semalam public holiday, aku tengok fireworks dari tingkap bilik je, boleh tahan bingit jugak la, mula2 countdown tu semangat la nak tgk bunga api.. tp bila dah 10 minit lps pukul 12, fireworks macam taknak abes je, aku pun terus tido.. x kuasa nak berdiri tepi tingkap lagi haha.. yela dah tua berusia ni xde nya nak sambut2 lagi dah new year. Dapat tgk fireworks tu pun kira nasib dah, byk kali plak tu, x payah aku nak bersesak2 kat luar dgn jam dan road block bagai..

Ok lah semoga yang terbaik sentiasa bersama kita sepanjang tahun 2014 :)