Cuti Thaipusam 2 hari lepas, ramai yang amik kesempatan untuk balik kampung, bercuti dengan kawan2, honeymoon again n again utk yang baru kahwin haha.. ada jugak yang qada' tido.. lewat petang baru bangun.. Disebabkan aku dah balik kampung masa cuti Maulidur Rasul, so aku ke UIA. Buat apa?
Plan asal sebenarnya nak ke Shah Alam, keluar dgn adik yg belajar kat sana, tapi disebabkan hari jumaat, en.tunang kena rush solat + dia pun x abes packing barang sebab sabtu nak balik ipoh, jadinya cancel jela.. Then member2 bagi idea nak jalan2 sekitar UIA since cuti semester dah bermula, student pun ramai dah balik rumah, bila keadaan lengang camni baru best nak jenjalan di UIA..
|
Muka semua fresh lagi, excited nak pusing UIA katakan.. |
|
Perjalanan bermula di Tasik Maryam, sempat tgk bangau tangkap ikan |
Ktorang berempat iaitu aku, Zakiah, Is dan K.Mun bergerak seawal jam 7.40am, dari Mahallah Hafsa-Tasik Maryam-Tasik belakang Maryam (yang dah x berapa nak jadi tasik), then continue mendaki bukit short cut to Mahallah Salahuddin-Sumayyah-Nusaibah, patah balik to Hafsa, and breakfast at Aminah..
|
1st time masuk padang hoki, sebelum ni just bersorak dari luar je |
|
Berlatar belakangkan Bukit Tabur |
|
Penat berjalan, rest kejap.. |
|
Cuaca sgt redup, memang seronok jalan2.. |
|
Haaa bila dah sunyi UIA ni, kereta, bas, taxi pun kurang, haruslah berjalan di tengah jalan raya.. |
|
Bergambar di mana saja |
|
Bergambar di buaian Nusaibah, masa ni angin kuat, sejuk sgt.. ni antara Mahallah yang tertinggi di UIA... |
Seronok pusing UIA ni, dah setahun lebih meninggalkan UIA, teringat balik zaman-zaman belajar dulu berjalan kaki ke kelas, cafe, entrance, exam hall.. sekarang dah berkereta, kurang sgt exercise jalan kaki ni.. Bila ada kesempatan macam ni, rasa best, teruja dan rindu balik zaman dulu..
Tapi part yang sedih bilamana rupa Tasik Maryam tidak lagi seperti dulu..
|
Pencemaran di belakang tasik Maryam.. |
|
Tasik @ Padang jarak padang tekukur |
Tasik Maryam tempat aku berjogging dan berkayak dengan kawan2 dulu sekarang dah tiada.. Ada projek apa entah di sebalik (belakang) tasik tu, tapi yang lebih aku nampak pencemaran air dan alam.. Gambar last ni, belakang tu adalah seluas lautan tasik, sekarang dah dipenuhi pasir dan rumput2.. xde dah kayak..ikan2 pun xde.. sedih dengan keadaan ni..
Hmm pape pun aku berjaya dengan 10,000 langkah hari ni, dan aku rasa lebih dari itu sebab bila aku google, orang kata 10,000 langkah tu dalam 100 minit je, tapi kitorang abes berjalan dalam 10 pagi camtu.. lebih dari 2 jam berjalan :) Happy.............
Akhir kata, UIA tetap dihati selamanya :))
0 nota tapak kaki:
Post a Comment