Wednesday, September 29, 2010

hadiah apa korang nak untuk contest/GA pertama aku?


bila dah selalu sangat join contest/GA sana sini
aku pun dengan berbelah berbesar hati nak buat jugak contest/GA sendiri..
nak tengok meriah tak contest/GA aku tuh.. mesti best~
tapi kalau xde orang join, adehh malunya.. @@!

so sebelum aku dengan rasminya nak anjurkan peraduan, aku nak survey dulu
barang apa yang patut aku bagi kat korang yang semangat nak join nanti..

adakah ianya sehelai pakaian ?
atau wangian diri ?
mungkinkah alat makeup ?
cenderamata ?
comforter set ?
sebiji motosikal ?
sebutir kereta (mainan) ?

korang nak apa? haa pilih2.. kalau ada teringin nak hadiah lain ke.. cadangan dibuka..
tapi... permintaan korang tak semestinya akan dilayan.

ianya perlu dinilai mengikut budi pekerti bicara otak warasku dulu.. 
ye r, kang ada yg mintak jd menantu ke, naya aku :p

p/s: sebarang cadangan akan dipertimbangkan =)





im waiting...




u & me contest


Cute Mum buat contest lagi..
closing date is on 5/10/2010




me with my lalink~

picture taken during our early months of frenship..
but now, after 2 years we met, talk, love each other, u & me now are ticking time searching to our dream happily destiny..

with blessed by Allah, and green light from both family,
U & me insyaAllah will be together~


much2 love me to you <3



Malaysia Day Giveaway

jom join GA anjuran Cute Mum

tarikh tutup pada 30/9/2010..

BINGGO!!

Mom journey called life 1st GA


next contest i join organized by Anne.
end date of contest is on 11 October 2010.
hope i have luck in this GA~

the more the merrier
>_<

Contest bersama Si Kecil

seawal pagi ni aten nak join contest..
diz time contest anjuran Cik Gayah pula..
kalau nak join, just klik nama di atas..



pic ni aten with my handsome nephew..
nama baby ialah Muhammad Ali Wafdan bin Mohd Amam
umur dia dah 9 bulan
dia ni cicit ke-2 nenek aten..
so far nenek dah ada 3 cicit, semuanya hero2.. =)

sangat suka main ngan adik ali sebab dia mudah mesra dengan semua orang dan suka di dukung.. tgk lah tu happy sgt bila kte dukung dia..

3 rakan yg aten nak tag:
Jiji Fify
Anne
Princess Qish

jemput gak kwn2 lain join contest ni~
tarikh tutup pd 10/10/2010




Tuesday, September 28, 2010

Kelebihan seorang Wanita mengikut fakta angka


~Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

~2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

~Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 

~Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

~Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

~Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

~Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 

~Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa.

~Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. 

~Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Subhanallah, begitu istimewanya darjat seorang wanita di sisi Allah s.w.t. Bagi yang sudah berkahwin, ambik la kesempatan yang ada ini untuk anda mengumpul pahala sebanyak mungkin dengan mengasihi suami dan anak2..

Pada yang belum berkahwin, berdoa dan bertawakal pada Allah semoga anda dipanjangkan umur dan dikurniakan seorang suami yang soleh, seterusnya berpeluang untuk berbakti pada suami dan rumah tangga..

wallah'ualam~


Monday, September 27, 2010

i love you contest

siapa sayang saya? siapa? cepat angkat tangan.. angkat la.. sob sob.. huhuu xde orang angkat tangan pun.. xpe, saya tahu walaupun anda tak angkat tangan dan taknak mengaku, sebenarnya dalam hati mesti sayang saya kan? kan3.. pape pun, Allah yg satu itu mesti menyayangi saya.. saya tahu.. dan saya pun sayang dia.. 



dalam entry ni, aten join contest.. kat atas tu aten dah tanya siapa syg aten, now aten nak share siapa plak yang aten sayang..

orangnya manis2.. comel2 gitu.. dia cantik, muda lagi, masih bekerjaya, sgt sayang pada anak2, terlalu mengambil berat pasal pelajaran dan kesihatan anak2, seorang anak yang mendengar kata, seorang isteri yang taat, dan seorang ibu yang baik hati.

+
+
+
+
+
+
+


+
+
+
+
+
+
+


inila orangnya.. iaitu my mom..
nama dia Puan Noreha Harun.
i adore and LOVE her so so so much..

why i love her?


"the only reason i have, BECAUSE SHE IS MY MUM."

halus tutur kata sopan
lembut raut wajah nan ayu
anak sentiasa diutamakan
suami di kasihi selalu
I LOVE U MAMA

#ikutkan aku nak letak semua picture orng yg aku syg.. macam ayah aku (the best superb daddy in the world), my lalink (ur charm make me melt), my siblings (very supportive dearest), and my frens (die hard fans).. kalau xde korang, sunyi sepi hancur musnah la hidup aku..

akhir kata, aku sayang la korang semua.. sape yang kenal aku, yang aku kenal, serious aku syg korang.. thanx sebab nak kenal ngan aku yg serba kekurangan ni.. ecehh :p

ok sebelum lg parah aku melalut, jom la korang join skali contest hot ni.. syarat2 pun simple jek.. end date of this contest is on 30/9/2010~
(kalau nak join, klik picture i love you contest di atas)

aku tag: Mrs FizaTTM & PuanStroberi



Give Away - Tiya nak belanja makan

entry yang menggoda.. sungguh aku tergoda.. dah la tengah berpuasa ganti, dengar plak pasal makan2.. terus je rasa lapar.. ok korang semua, jom meriahkan GA Cik Tiya yang akan belanja makan pada yg bertuah.



ok ni banner GA.. amboi owner berposing nak order makan dgn centa hati yer.. hehee

erm aku ni bukan lah jenis yg heavy or cerewet bab makan.. senang kira aku ni jenis tibai jek menu atas meja yg penting halal, tak pedas & mesti sedap.. erkk? :p

semua orang mesti suka makan kan.. aku pn sama.. so pertanyaan cik Tiya, kenapa aku suka makan?

"aku suka makan sebab":

1-makan itu salah satu ibadah

2-makan buatkan aku kenyang

3-makan buatkan aku sehat dan bertenaga

4-makan memang perkara wajib aku akan buat dalam kehidupan seharian, lebey kurang mcm hobi la.. :p

5-makan juga buatkan badan body aku maintain.. sebab aku ni jenis yg halus kecik molek, makan sket dah kenyang, so badan pun confirm takkan naik.. berat terkini 42kg, dah 4 tahun tak berubah.. huhuu


kat sini aku tag pada Hanim & Wana sebab aku tau korang suka makan.. =D

join la weyh.. tarikh tutup pd 20/10/2010.. pandai Tiya pilih tarikh cantekk~



Sape nak hadiah free? =)

di luar hujan mencurah ke bumi.. kilat sabung menyabung, guruh berdentum bergema.. aku terperuk di dalam lab menahan dingin sejuk, ditambah dengan aircond lab yg hampir mencatat suhu tahap beku! nak slow kan tapi centralized so terpaksa la tahan jek dengan baju kurung lencun ni.. lutut dah menggigil.. jari dah kebas.. lantak lah.. nak update jgk blog..



pin pon pin pon... hee aku sbnarnya nak join GA lagi.. itu yg sanggup tahan even badan dah sejuk macam ais.. nasib baik tak beku lagi.. GA ni sangat simple.. sesapa nak join, klik SINI ok =)

aku nak tag pada: Yuyu, Miz Mizza & Gee

tarikh tutup GA ni pada 1 Oktober 2010, 10am~

blog sepi

sana sini orang bercakap pasal raya, cuti raya, open house, jalan jam balik kampung.. tapi blog aku senyap sunyi.. tiada kemeriahan raya.. tiada gambar raya.. entry yang aku update pasal hal lain.. pasal contest, GA, hidup aku di kampus dan segalanya yang bukan tentang raya.. seperti tiada raya bagi aku tahun nie..

ok.. dah melalut aku ni!
ahh sebenarnya bukan aku x raya, xnak letak picture raya or share kemeriahan raya aku kat korang2, tapi kesibukan melanda diri kerdil ku ini menyebabkan blog kesygn ku terabai! terabai yg bermaksud tiada update entry, tiada blogwalking, xde lagi kunjungan tetamu lain since blog aku macam dah nak tutup kedai..

so bila ada masa ni baru lah aku menjenguk blog sepi ku..
ouhh rupanya masih ada yg sudi menyinggah, memberi komen, tinggalkan jejak dan ada jgk yg wish hari raya utk aku.. ohh sungguh terharu daku (poyo!) :p


inilah aku.. enterprem sket.. hahaa
menjalani kehidupan seharian di kampus UIA..
tahun depan nak abes dah study.. tak sabar!

wei asal lari topik ni?? ehh sori2..
last entry aku 7 september.. after that blog terpaksa dilupakan utk memberi laluan kpd hari2 terakhir ramadhan sepanjang aku balik kampung..

balik raya 18 september, aku dah dikejar, dihambat, di tepuk2 dgn assignment yg melambak.. ok tipu, assignment aku semester ni ada dua je.. HEAVEN okay.. ^^,

tapi exam yang memang langsung xleh elak.. before raya ada 1 paper aku mmg dgn selamber badak taknak amik, gatai pungkoq nak balik kampung awai! so kena buat after raya.. phuuhh nasib baik lecturer x bising.. =)

dah la dengan xm, dan assignment, aku plak terlibat dgn program mahallah.. mahallah = hostel/tempat kediaman aku di UIA.
tambah parah bila program ni bawah unit aku (aku ketua unit keusahawanan), jadinya memang lagi bz la kan..

meeting sana sini, cari duit utk program, assignment, homework, quiz, test, 2nd 3rd test....!!
blog camne?? x dapek nk nolong lah!

bukan tu jer, daku jgk terpaksa utk x bertemu dgn buah hati pengarang jantung utk selama 3 minggu! errghh!! aten windu abg >_<
last aku jmp dia 2 september, dia hantar aku ke LCCT b4 aku balik kampung.
abg sabar ek.. huhuu

skrg masih lg bz, tapi 2 midterm exam dah lepas, ada beberapa lagi coming soon.. program pun belum berlangsung lagi..cpt la masa berlalu, biar setel semua benda, final exam hujung bulan oktober.. confirm sekali lagi blog terpaksa dilupakan..

korang2 jgn jemu datang blog aku k.. actually aku terpk nak buat contest/GA.. so keep anticipate aite =D

Tuesday, September 7, 2010

Rezeki Raya..

lately ni aku agak bz sket.. since dah nak raya ni kan so macam tak sempat nak berblog.. sibuk kemas rumah, tukar langsir, buat biskut raya.. nak blogwalking pun gitu2 jek.. tapi yang best follower keep increase.. aku suka sgt.. ok2 dah off topik!

apa yang aku nak citer dlm entry kali ni ialah pasal semalam aku dapat komen dari cik teha.. GA dia yang aku join dulu dapat hadiah saguhati.. amikk kau! besar gitu aku highlight. hahaa..... happy la aku kan coz ni first time aku dapat hadiah dari GA yang aku join.. biar la korang2 nak kata apa, yang aku tau aku happy.

xpela mula2 dapat saguhati, pastu next time kot la dapat 3rd, 2nd, 1st prize ke kan.. nak dekat2 raya ni dapat lak rezeki GA ni.. after raya cik teha akan pos coklat comel kat bawah ni.. 





kalau korang nak tau GA mana yg aku maksudkan, leh la klik sini..


Cabutan Bertuah ManjakuSayang




comel je nama organizer lucky draw nie..
kengkawan kalau nak join, just klik here..
tarikh tutup pada 30 September 2010.

camat mencuba =)


Monday, September 6, 2010

11 Signs that you're in love

korang tau tak apa tanda-tanda yang korang dah jatuh cinta? dgn kata laen yg korang sedang di lamun cintan cintun? nak tau, baca bawah ni k~ laayaaaannnn...





ELEVEN:
You walk really slow when you're with them.


TEN:
You feel shy whenever they're around.


NINE:
You smile when you hear their voice.


EIGHT:
When you look at them, you can't see the other
People around you, you just see him/her.


SIX:
They're all you think about.


FIVE:
You realize you're always smiling when you're
Looking at them.


FOUR:
You would do anything for them, just to see them.


THREE:
While reading this, there was one person on your
Mind this whole time.


TWO:
You were so busy thinking about that person, you
Didn't notice number seven was missing!


ONE:
You just scrolled up to check & are now silently
Laughing at yourself.

















KANTOI!! hahahaaa.... 



 

Sunday, September 5, 2010

Bezanya Lelaki dan Wanita



Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana bila kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

-wallah'ulam

Itulah Namanya Cinta

Dear Abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...

kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah.

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance.. ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri.

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak.

paling menyedihkan.. ayang tanya nape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk macam mana abang tak tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu walau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k je.. ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k.. tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. 

jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..

ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Saturday, September 4, 2010

2 days at home







bestnya bila dah sampai umah.. maklum la dah berbulan tak balik.. so sempena cuti raya ni aku balik awal, skip class sehari.. xpe, dah mintak izin kat lecturer.. hehee

2 sept
bertolak ke terengganu at 11.55pm
arrived at 12.45pm
siapkan proposal raya

3 sept
after sahur, kemas dapur with my sister
parent g dungun amik adik sorang lagi
petang tolong mama wat nasi ayam
then g umah nenek untuk berbuka
terawikh di kampung.... syookkkk

4 sept
sahur lewat.. :p
adik lelaki from mrsm TGB sampai at 6am
kemas bilik
shopping bahan2 buat kuih raya
tolong mama buat kuih krim caramel

itu la serba sedikit activity di rumah..
esok after sahur nak buat kuih raya..


now all my siblings dah balik rumah.. so lengkap la semua kami 6 beradik.. b4 diz tinggal 2 orang je kat rumah. bukan senang nak kumpul semua.


Thursday, September 2, 2010

Tautan Kasih Ramadhan


penat semalam tak abis lagi.. ingatkan dapat la rest cuti sempena merdeka.. tapi rupanya tidak.. aku terikat dengan program kolej yang sudah dirancang dari awal..

program ni ktorang namakan sebagai Tautan Kasih, pada 31 ogos baru2 ni, banyak pengalaman yang aku dapat.
dari pagi sampai ke petang, bersama dengan mereka, buat aku insaf dan rasa bersyukur sgt2 dengan apa yang tuhan telah bagi selama aku hidup 22 tahun kat atas bumi ni.

apa yang ktorang buat?
haa ni la nak citer..

Tautan Kasih ni program anjuran kolej aku bersama 'insan2' di rumah pusat pemulihan.
datangnya dorang ke pusat tu sebabnya dorang ni antara remaja2 yang terjebak dengan pelbagai salah laku sosial dan moral. jadinya mereka ni dihantar ke pusat pemulihan.

antara salah laku yg dorang dah buat spt, hisap ganja, dadah, berzina, kahwin lari, kena tangkap khalwat, pregnant bawah umur (without married), merompak, membunuh, merogol, dan macam2 lagi.

besenya aku hanya baca dalam newspaper je pasal budak2 bermasalah ni, tapi dlm program ni aku berpeluang berjumpa, berkenalan, dan berkongsi kisah2 mereka.

first sampai aku mmg terkejut sgt2 sebab kalau tgk muka dorang ni, cantik2, putih bersih, lembut je gaya, sopan santun. tapi bila dengar kisah hidup dorang, perghh mmg dasat r!

ada yang penah pukul mak, tidur dgn kawan lelaki, kawen lari, bersekedudukan dgn 3 lelaki, minum arak, mengandungkan anak along/ceti haram. dan yang lagi buat aku terkejut, dorang ni semua loaded2.. anak orang kaya beb! every year holiday oversea. aku pun blum sampai lagi sana.

tapi aku syukur dgn hidup aku. aku tak perlu kan kemewahan, aku hanya nak kebahagiaan dan keberkatan hidup dari Allah swt.

apa yang dapat aku buat kesimpulan dari pertemuan aku dgn 'insan2' ni, kebanyakannya dorang ni comes from broken family. bukan aku nak salahkan family dorang, tapi salah 1 punca utama dorang terjebak dgn mcm2 masalah sebab parent bercerai. ayah mak gado, cerai, kawen lain. then anak terabai, dapat lak abang tiri perogol, kakak tiri yg kaki jantan, mak ayah kaki minum, solat mengaji tolak tepi.

dan ada jugak yang mak ayah terlalu sporting! bagi je semua apa yg anak2 nak, tak pernah larang anak buat salah, kemewahan, duit ribu-riban bagi sume. memang naik lemak la si anak tu kan.

tapi aku mmg respek r sape2 yg dtg dari broken family, berjaya dalam hidup, halal haram diutama, mak ayah dijaga, dunia akhirat seimbang! memang aku salute! tapi tak ramai dlm dunia orang camtu.

even aku sendiri pun belum tentu baik. masih banyak yang aku belum buat.


akhir kata, setiap manusia ada akal. gunakan lah sebaik-baiknya, jgn buat sesuatu ikut nafsu jek! just ingat, semua manusia ada buat salah, tapi cepat2 sedar dan tinggalkan kesalahan itu. usaha tu penting, dont give up~

p/s: ini bukan ceramah yek kawan2.. :p



Baju Baby


weekend baru ni aku call umah..
cakap ngan mama, abah..
gtau dorang yg anak comel jelita dia ni nak pulang ke kampung halaman
jadi siap sedia la menyambut anakmu ini.. (mengada je lebey!)

then baby plak nak cakap..
dia ni dah beso, darjah 2, tapi still nak panggil baby.
dia gtau aku yang dia puasa hari2..
cuma ada tinggal sehari je dia x puase.

aku tanya lagi brape pasang baju raya dia ada?
dia kata xtau.
then mama sound,
"kakak jgn lupa beli baju raya baby tau"

adehhh..
last minit mama..
tak sempat dah..
plak tu tgh pokai aku ni..

letak tepon aku termenung..
cian plak adik kecik aku ni..
dah la puasa 'penuh' tahun ni..

besenya setiap tahun memang aku akan beli sth utk dia
kasut, baju, skirt, stokin, bag, accessories, tudung, dan lain2..
tapi tahun ni x beli pape pun.

ishh xleh jadi ni..
then terpaksa la aku g beli jgk..
so terbeli la aku akan 2 pasang baju raya utk dia..

nanti dia dah pakai, aku share pic kat korang2 k..


untuk baby@adikku syg, Fetrah:
-belajar rajin2, jangan nakal2, dengar cakap mama, abah dan kakak (yg lain2 xyah) :p
-dapat baju baru nanti jgn lupa cakap tima kasih kat kakak tau.

untuk adik2 ku yang lain:
-dont worry be happy, korang pun aku ada beli sth.
-jgn berebut, dan terima je seadanya.. hahahaaa





kesibukan terlampau

huh?
ada ke orang yg over bz?

ada! aku la orangnya..
week terakhir ni agak memenatkan dan meletihkan aku!

mana tak nya, duk kejar sana-sini.
dengan test, assignment, quiz, midterm exam
tambah lak ada program lagi..
sumpah aku penat giler weyhh..

diari weeks before balik umah:

jumaat - study, siapkan assignment

sabtu - study, finalize assignment

ahad - study

isnin - class, midterm exam, quiz, submit assignment (10am-4pm),
         - g airport hantar adik my cayang nak balik Korea (6pm-12pm)

selasa - program Tautan Kasih di Rawang (8am-6pm), 
           -breaking fast at JJ, shop baju raya adik2 (7pm-11pm)

rabu - class, buat financial report, siapkan proposal raya celebration (10am-12pm),
         -check-in on9, packing brg2 (12pm-5am)

khamis - jumpa principal, submit proposal (8am-9am),
            -rush to airport, depart at 11.55am to T'ganu.



To madam FF, jgn la reject proposal saya.. penat saya buat.. cian saya.. tak rehat pun lagi.. kalau madam reject, mana sempat dah saya nak buat yg lain.. saya nak balik kampung dah, nak raya la katakan.. :p

(dengan tak malunya jumpa madam seawal jam 8pagi, di petang harinya pulak ponteng class madam yg sama)

tak sabar ehhh nak balik rumah...



Perlu ke???


perlu ke saya?

+
+
+
+
+
 +

# perlu ke saya pandang awak bila awak pandang saya?
# perlu ke saya senyum bila awak senyum kat saya?
# perlu ke saya tegur awak bila awak tegur saya?
# perlu ke saya 'say hi' bila awak 'saya hi' kat saya?
# perlu ke saya marah awak bila awak marah saya sebab tak pandang, tegur, senyum, 'say hi' kat awak?
# perlu ke saya?
# perlu ke semua ni?

+
+
+
+
+
+



emmm..

perlu ke entry ni?
perlu ke???




=D