Thursday, September 2, 2010

Tautan Kasih Ramadhan


penat semalam tak abis lagi.. ingatkan dapat la rest cuti sempena merdeka.. tapi rupanya tidak.. aku terikat dengan program kolej yang sudah dirancang dari awal..

program ni ktorang namakan sebagai Tautan Kasih, pada 31 ogos baru2 ni, banyak pengalaman yang aku dapat.
dari pagi sampai ke petang, bersama dengan mereka, buat aku insaf dan rasa bersyukur sgt2 dengan apa yang tuhan telah bagi selama aku hidup 22 tahun kat atas bumi ni.

apa yang ktorang buat?
haa ni la nak citer..

Tautan Kasih ni program anjuran kolej aku bersama 'insan2' di rumah pusat pemulihan.
datangnya dorang ke pusat tu sebabnya dorang ni antara remaja2 yang terjebak dengan pelbagai salah laku sosial dan moral. jadinya mereka ni dihantar ke pusat pemulihan.

antara salah laku yg dorang dah buat spt, hisap ganja, dadah, berzina, kahwin lari, kena tangkap khalwat, pregnant bawah umur (without married), merompak, membunuh, merogol, dan macam2 lagi.

besenya aku hanya baca dalam newspaper je pasal budak2 bermasalah ni, tapi dlm program ni aku berpeluang berjumpa, berkenalan, dan berkongsi kisah2 mereka.

first sampai aku mmg terkejut sgt2 sebab kalau tgk muka dorang ni, cantik2, putih bersih, lembut je gaya, sopan santun. tapi bila dengar kisah hidup dorang, perghh mmg dasat r!

ada yang penah pukul mak, tidur dgn kawan lelaki, kawen lari, bersekedudukan dgn 3 lelaki, minum arak, mengandungkan anak along/ceti haram. dan yang lagi buat aku terkejut, dorang ni semua loaded2.. anak orang kaya beb! every year holiday oversea. aku pun blum sampai lagi sana.

tapi aku syukur dgn hidup aku. aku tak perlu kan kemewahan, aku hanya nak kebahagiaan dan keberkatan hidup dari Allah swt.

apa yang dapat aku buat kesimpulan dari pertemuan aku dgn 'insan2' ni, kebanyakannya dorang ni comes from broken family. bukan aku nak salahkan family dorang, tapi salah 1 punca utama dorang terjebak dgn mcm2 masalah sebab parent bercerai. ayah mak gado, cerai, kawen lain. then anak terabai, dapat lak abang tiri perogol, kakak tiri yg kaki jantan, mak ayah kaki minum, solat mengaji tolak tepi.

dan ada jugak yang mak ayah terlalu sporting! bagi je semua apa yg anak2 nak, tak pernah larang anak buat salah, kemewahan, duit ribu-riban bagi sume. memang naik lemak la si anak tu kan.

tapi aku mmg respek r sape2 yg dtg dari broken family, berjaya dalam hidup, halal haram diutama, mak ayah dijaga, dunia akhirat seimbang! memang aku salute! tapi tak ramai dlm dunia orang camtu.

even aku sendiri pun belum tentu baik. masih banyak yang aku belum buat.


akhir kata, setiap manusia ada akal. gunakan lah sebaik-baiknya, jgn buat sesuatu ikut nafsu jek! just ingat, semua manusia ada buat salah, tapi cepat2 sedar dan tinggalkan kesalahan itu. usaha tu penting, dont give up~

p/s: ini bukan ceramah yek kawan2.. :p



0 nota tapak kaki: