Kalau last entry aten ada cakap pasal
air tangan orang yang tidak solat kan, skrg aten nak share pulak pasal fadilat2 atau kebaikan di sebalik setiap pergerakan solat. biasanya orang nak tau fadilat solat ni dr segi kesihatan kan, tapi apa yang aten nak bagitau ni fadilat solat untuk kita ketika didalam kubur..
Sebagai panduan bersama, aten copy artikel ni dari emel yang dihantar oleh abang aten, Farid.
Semoga setiap apa
yang kita lakukan atas muka bumi ni akan diberkati dan terarah ke jalan yang benar..
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang belum tahu......
1. Niat Sembahyang sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri dengan betul fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Surah Al-Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah bagi kita ketika di dalam kubur.
5. Ruqu' sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud dapat memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir pula sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur kelak.
11.Selawat Nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam dapat memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib menunjukkan akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : 'Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ' FRIDAY the 13th ' jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!' -Wallah'alam
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
0 nota tapak kaki:
Post a Comment