korang ada secret admirer tak?
"apa secret admirer tu?"
kali ni aku nak citerkan pengalaman aku berhadapan dengan secret admirer
selama aku hidup 22 tahun kat dunia ni.
before that, aku nak bgtau awal2, entry ni bukan lah bertujuan utk nak berbangga ke hape!
tapi sekadar berkongsi kisah ngan korang2 semua..
sebab bagi aku secret admirer ni menarik..
kisah pertama:
aku tak ingat la bila kan, tapi masa aku darjah 4 kalau tak silap, time tu kat
sekolah ada hari kantin.
biasa la hari kantin ni banyak la jualannya, dan memang tak belajar la 1 hari.
alkisahnya bermula pada waktu zohor, lepas keluar dari surau sekolah,
aku tgk dalam kasut aku ada sekeping nota!
"saya nak jumpa awak sekarang kat taman sains boleh tak?"
wahh terkejut aku..
dengan berani dan tak tau malunya >_<, aku pun pergi la taman sains kat belakang sekolah.
aku pergi dengan kawan aku, tp dia tunggu kat luar pagar je..
bila dah masuk dalam tu, aku tgk ramai orang..
yang mana dia, aku pun tak tau..
lama aku tunggu, then baru la datang seorang budak lelaki.
aku ingatkan dia la orang yang letakkan nota dan nak jumpa aku.
tapi rupa-rupanya dia bawa pesanan jek!
"kawan saya malu nak jumpa dengan awak!" kata budak lelaki tadi.
laaa... buat penat aku je tunggu..
dan sampai sekarang aku pun xtau sapekah budak nota itu.
sebabnya lepas pada hari tu, aku dah tak dapat apa-apa nota lagi.. =|
kisah kedua:
masa ni aku dah pindah ke terengganu.
darjah 6, akhir tahun, hari terakhir aku sekolah..
yela lepas tu dah nak masuk sekolah menengah kan.
kejadian berlaku pada hari terakhir persekolahan..
selepas habis jamuan perpisahan, kami 1 kelas haruslah mengemas sebelum pulang.
tengah sibuk mengemas, sapu lantai, angkat kerusi --->
datang la kawan2 dari kelas lain, lelaki & perempuan semua ada..
dorang datang nak ucap slmat tinggal.
memang aku tak syak pape pun la kan..
tapi bila masa nak balik, aku terlihat sesuatu dalam beg aku.
ada sekotak hadiah!
tanpa sebarang nota, hanya hadiah yang berbalut keemasan.
puas aku tanya siapakah gerangan yang meletakkan hadiah dlm beg aku tu..
yela takkan nak amik camtu je, kot la orang lain punya.
tapi, sampai kesudah, takde sape yang mengaku.
kawan aku cakap, ada orang minat kat aku!
dan itu jela yang aku tau..
sampai la sekarang aku tak tau siapa yang bagi hadiah tu..
bila aku ingat balik kisah2 ni mesti nak tergelak..
asal la korang taknak mengaku je depan2?
senang citer kan?
hehee
kalau korang la secret admirer tu, korang nak mengaku tak?
dan kalau sesapa yang pernah ada experienced macam aku ni, apa korang buat?
@.@!
nantikan sambungan di next entry ok~ hehee
0 nota tapak kaki:
Post a Comment