Thursday, October 28, 2010

Hadiah apa ya untuk mak?

korang pernah bagi hadiah unntuk mak korang? hadiah apa? perlu ke bagitahu orang lain? hmm actually aku bukan lah nak citer pasal hadiah yang aku bagi kat mak aku setiap tahun.. entry ni aku buat sebab aku join contest.. Cik Mia organizer contest ni mintak pendapat hadiah apa yg sesuai nak bg kat mak dia, sempena besday mak dia bulan depan..

aku slalu jgk lah bagi hadiah.. tapi tak tau la sesuai ke tidak utk mak dia..

1- aku cadangkan mia bagi kain telekung yang cantik2, ada kerawang tu.. tapi jgn la sarat sgt, kang serabut plak. gambar telekung ni xde la, tapi merata tempat ada jual telekung solat ni.. kenapa aku cadangkan kain telekung ni? sebabnya, kain telekung ni kita guna hari2, 5x sehari mesti pakai at least kan.. plak tu, bila mia bagi kat mak telekung ni, secara otomatiknya mak akan ingat yg mia ni anak yg baik, jg solat, siap bagi hadiah kain telekung lagi utk mak.. itu firasat aku la.. hehehh  lagi 1, nanti kalau mak pakai, rasa happy je, sebab nampak pemberian kita dihargai.. bajet telekung ni dalam rm50-90 jek, kat masjid jamek berlambak..

2- cadangan lain aku rasa mia leh bagi kat mak dia kain batik terengganu. mentang2 aku duk ganu, terus nak promote.. bukan apa, kain batik t'ganu ni kualitinya tinggi, corak menarik.. mak mia suri rumah, so byk masa duk umah, mesti pakai kain batik kan, so tak salah kalau nak tambah lagi koleksi kain batik mak.. (kalau mak x pakai kain batik, beli je seluar batik) hehehh gurau2.. jgn marah naa.. bajet kain batik ni dalam rm25-70, welcome to terengganu.. tapi rasanya kat kl ni byk je jual..

3- lastly aku cadangkan kat mia bagi set pinggan mangkuk.. yang ni kalau nak murah leh beli kat langkawi. xde cukai =) plak tu byk pilihan, dr yg murah sampai la yg beratus2.. utk mak mia yg 24/7 dirumah, perkakas rumah adalah penting.. so set pinggan mangkuk aku rasa sesuai kot.. bajet dlm rm45-ratusan hengget.. :p

kenapa aku x cadangkan brg2 ni utk mak mia?
1- kain pasang bj kurung - mak dia suri rumah, so kurang pakai baju kurung.. kalau nak keluar br pakai kan. jadi bila jarang pakai macam tak guna sgt la..
2- langsir rumah - kos tinggi kot.. kalau rumah 2,3 tingkat, beli kain je dah brape then nak tempah lagi.. huhuu (unless beli langsir utk tgkap toilet, yg tu murah jer..)
3- jam tangan - duk umah je pun, confirm la ada jam dinding kat rumah
4- jeweleries - mia kata xnk yg mahal2 sgt, emas skrg tgh mahal rasanya la.. rantai 0.7gram pun dah rm600 lebih.. so aku tak rasa mia nak bg emas.. better la dia beli utk sendirian berhad empunya badan.. hihii
5- kasut - kemana sgt la mak mia nak pergi.. kalau orang bekerja memang kena beli kasut slalu.. lagipun utk mak mia kalau jarang guna nanti kasut jadik kecik.. itu apa yg mak aku ckp la.. =D

itu jelah cadangan i utk u mia.. sorry i panggil u mia.. kasi glam sket.. =)


4 nota tapak kaki:

Enna Banana said...

apakata belikan dia pasu bunga, and buat kad sendiri dengan ayat tulus dari hati, kan lebih romantik gitu pada ibu ^.^

Fatin a.k.a. Aten said...

yup aten pun every year buat kad hasil tgn sendiri.. then mama letak kat opis dia.. pasu bunga tu ok gak, tp bunga kena beli gak r..

Salmia said...

tq dear for suggestion.. :)
good luck. nnt mia update senarai peserta ye.

p/s: mf lambat terjah :P

Fatin a.k.a. Aten said...

ok no probs~