Friday, December 10, 2010

shopping moping!

Dah lama tak habeskan duit di shopping complex.. sejak berazam taknak 'derma' duit utk kehendak diri yang ntah hape-hape, so tahun 2010 ni berjaya menyaksikan 70% simpanan dalam bank tak disentuh.. =) suukkkaaaa! rasa selamat je..

TS dgn hiasan krismas
 Tapi di kala hujung tahun ni, dgn SALE yang merata-rata, ditambah lagi kempunan nak shopping.. tergugat jgk segala organ dalam badan nih.. aisehh.. akhirnya kaki lemas malas tetap menuju je Times Square last few days.. niat nak membeli tu xde, sekadar menemani adik ke sana.. pusing2, jalan2, pusing lagi, jalan lagi.. aishh takleh jadik ni.. bukak purse, owh ada duit! dalam bank takmo usik..

sedaya upaya tutup separuh hati supaya tak tergoda dgn jualan murah.. jalan pun dengan mata sebelah jer.. tetiba ada orang cakap:

adik: "ehh cantik la baju tu kalau kau pakai!"
aku: "hahh mana satu? (masa ni mata dah bukak dua2, hati pun kembang jek)
adik: dalam tu, blouse tu cantik dgn kau..
aku: jom masuk try.. (dlm hati, abes la duit aku!!) :p

mesti korang rasa aku beli kan? ahahaa... memang pun! aku jadi rambang mata.. tapi setelah dipujuk rayu oleh akal fikiran, hati nafsu pun beralah.. akhirnya aku hanya beli 1 blouse td, & 1 kemeja.. adik pun beli dua brg.. selebihnya ktorang jln2 memenatkan kaki, menghauskan tekak jek!


 makan-makan time






2 nota tapak kaki:

::fadxieza:: said...

bestnye dpt shoping..

Fatin a.k.a. Aten said...

org kata shopping is a best treatment for woman.. =)