Saturday, December 4, 2010

FB tak tahu aku ada blog!

Social networking dah jadi trend popular untuk semua orang.. kalau boleh, semua orang nak ada FB, Blog, Twitter, Myspace, Friendster.. dan ada banyak lagi yang korang boleh join, tp aku rasa FB dgn Twitter antara yg paling hot untuk rakyat Malaysia skrg ni.. our PM, Datuk Seri Najib pun dah buat FB.. PDRM pun taknak kalah.. dan banyak lagi la agensi2 kerajaan, sekolah2 dan intitusi pengajian tinggi semua nak ada FB..

aku pun ada.. buat masa skrg FB aku masih active, Friendster aku wujud lagi tapi kurang active, MySpace aku hidup segan mati tak mau.. aku hanya register, lepas tu tak pernah bukak sampai skrg.. hahaa

sekarang aku byk spend masa untuk blog ni.. http://wnf7488.blogspot.com
FB pun tak se-aktif blog aku.. aku tak rajin nak update status kat wall, tak suka nak masukkan gambar2 dalam FB, tak ada hati masa nak komen2 wall orang.. kenapa?




aku tak suka bila hidup aku ramai orang nak tau.. lebih2 lagi orang yang aku kenal..
tapi dalam blog aku boleh citer dgn suka hati, penuh rela, letak gambar apa saja..
sebabnya berapa kerat je rakan2 blogger yang betul2 kenal aku!
dunia blog aku sangat private! boleh kata aku letak jurang yang sgt besar antara FB dan blog aku!
ada la 3,4 orang je kawan2 aku yang tau aku ada blog.. itupun sbb diorang pun ada blog..
FB aku pun aku cuba limitkan kawan2.. aku pernah ada 700+ kawan FB, tapi skrg tinggal 300+ jer.. aku delete orang yang aku tak kenal, yang kerjanya nak tag gambar ntah pape, yang suka komen2 gambar mengarut! 

itu belum lagi yang nak mengorat mengayat aku :p aku tak tipu! inbox FB penuh dgn msj2 dari orang yang aku tak kenal.. aku tak pernah balas, tapi masih nak hantar msj.. tapi skrg aku dah lock msj setting.. =D

lagi 1 aku suka dunia blog sbb, kita kawan, komen entry sbb citer dia dan info yg best.. bukan sebab kita kenal dia.. jauh skali nak ukur rupa paras.. itu bagi aku lagi telus dan ikhlas dalam berkawan.. sebab tanpa mengenali rupa paras, pangkat, darjat, keturunan, kita bebas nak berkawan.. memang ada jer yang menipu identiti, tapi itu terpulang!

akhir kata, aku tak letak url blog dalam FB aku..
FB aku tak tau pun aku ada blog..
tapi blog aku tau yang aku ada FB.. waawawaa =)


4 nota tapak kaki:

mRa amira said...

hihi..
best gak kwn dgn kwn2 blogger! :)
LIKE perenggan akhir tu. :)

Fatin a.k.a. Aten said...

yup, the best thing in friendship is when u never know who is ur fren but u willingly to b fren with everyone~

umialya said...

betul tu, akak setuju, kita berkawan seakan mengenali antara satu sama lain w/pun x pnah bersua muka, terasa dekat je di ati

Fatin a.k.a. Aten said...

@umialya: good, u got my point =)